Cinta Kedua

Tuesday, December 05, 2006

Part 1

2006

Debaran di dadaku semakin kuat apabila menghampiri meja yang diduduki lelaki itu. Aku tersenyum kepadanya sepanjang aku melangkah kepadanya, cuba melindungi resah di hati yang bertandang. Namun, seakan mengerti yang aku hanya membohongi diri, senyumanku tidak berbalas.

"Dah lama tunggu?" Tanyaku, cuba melindungi debaran di dada. Segera ku menarik kerusi di hadapannya dan duduk.
"Baru je, dalam sepuluh minit" Sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arahku. Aku tahu, sebagaimana aku cuba memerhatikan perubahan pada diri dia, dia juga begitu. Itu yang sampai langsung tak boleh nak senyum kat aku tu!

Selepas membuat pesanan, kami meneruskan perbualan. Pada mulanya, masing-masing agak kaku. Aku sebenarnya sudah lama cuba melupakan lelaki ini apabila jejaknya tidak dapat kukesan. Namun, Allah temukan juga kami, walaupun telah 10 tahun peristiwa itu berlalu. Dalam getar yang semakin kuat memalu hati, aku cuba berlagak biasa. Cuba berlagak gembira bertemu seorang kawan lama. Soalan demi soalan terkeluar dari mulutnya, betul-betul ingin tahu apa yang terjadi kepadaku selepas 10 tahun kami berpisah. Aku jawab sejujur yang boleh, walaupun tidak semua perkara kuceritakan kepadanya. Pengalaman menjadikan aku lebih berhati-hati, supaya tidak memberikan kepercayaan 100% pada orang. Cuma, dia langsung tidak menyentuh tentang kami, walaupun hati ini meronta untuk bertanya.

Semalam, setelah bertahun-tahun aku dalam pencarian, akhirnya aku berjaya memperolehi nombor telefon bimbitnya. Kebetulan aku bertemu dengan Lily di HKL, kawan kami sewaktu di kolej dulu. Dia datang untuk menjalani pemeriksaan kandungannya, sedangkan aku menjalani pemeriksaan kesihatan yang menjadi rutinku kerana masalah migrain. Daripada Lilylah, aku memperolehi nombor telefon bimbitnya.

Malam itu, aku cuba menghubunginya. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan....doaku untuk menghilangkan debaran yang begitu hebat memalu hati. Bagaimana agaknya dia? Masih seperti dulukah? Aku sempat berkira-kira di dalam hati sementara menanti panggilan berjawab.

"Hello" Satu suara lelaki menyambut panggilanku
"Assalamualaikum" Aku memberi salam dalam kegugupan.
"Waalaikumussalam. Boleh saya tahu siapa ni?" Dia bertanya.
Beberapa saat aku terdiam. Rindunya aku pada suara itu!
"Haikal..." Aku bersuara sayu.
Beberapa saat dia pula terdiam.
"Anis...is that you?" Dia masih mengenali suaraku!

Panggilan telefon itulah yang membawa kepada pertemuan kami. Pertemuan semula setelah sepuluh tahun terpisah.




1995...

Pendaftaran pelajar di kolej K, persedian memasuki universiti. Selepas mencium tangan mak dan abah sebelum mereka pulang, aku terus ke dewan. Sedang aku leka meneliti jadual minggu orientasi, dengan tangan sebelah lagi memegang fail, tiba-tiba bahuku dilanggar. Habis bertaburan fail yang kupegang, memuntahkan segala isi perutnya.

"Maaf"

Aku yang mula rasa hendak marah terdiam. Pemuda yang melanggarku itu terus memungut kertas-kertas yang bertaburan dan menyerahkan kepadaku. Sempat dia melemparkan senyum sebagai tanda meminta izin untuk beredar barangkali. Sempat juga ku memerhatikan tag nama pelajar minggu suaikenal yang tergantung di poket bajunya. Mohd Haikal. Entah kenapa hatiku berdebar sewaktu bertentangan mata dengannya sebentar tadi.

Minggu orientasi...lebih kepada perkenalan. Kami dibahagikan kepada kumpulan, dan setiap aktiviti sepanjang orientasi dijalankan dalam kumpulan.

Seminggu selepas orientasi, kami mula dibahagikan kepada beberapa kelas tutorial. Pagi Isnin, hari pertama memulakan kuliah, aku berjalan kaki menuju ke bilik yang telah ditetapkan mengikut jadual yang diberikan oleh pihak pengurusan kolej. Sampai saja di sana, aku mencari tempat duduk. Kulihat ke seluruh kelas yang mulai penuh dengan para pelajar. Tiba-tiba mataku tertumpu ke wajah itu. Lelaki yang melanggarku tempoh hari. Hmmm...satu kelas rupanya. Entah kenapa hatiku berminat untuk mengenalinya....

"Assalamualaikum semua" Tiba-tiba bangun seorang pelajar lelaki.
"Sebelum kita mulakan kelas, apa kata kita mengenalkan diri masing-masing. Saya mulakan dengan diri saya. Nama saya Mohd. Kamal, berasal dari Selangor"

Dan seterusnya, bangunlah seorang demi seorang memperkenalkan diri.

"Nama saya Mohd Haikal. Berasal dari Kelantan"

Ohhh...orang kelantan rupanya.

"Saya Anis Sofea, dari Melaka" aku meperkenalkan diri.

Sebaik saja kami selesai menjalankan sesi suai kenal dalam masa yang terhad itu, masuk seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an, memperkenalkan diri sebagai Cikgu Maizon, yang akan mengajar subjek matematik. Kelas pertama, kami hanya diperkenalkan tentang skop pembelajaran sepanjang semester.

Beberapa minggu, kami sudah mula dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.

"Anis...aku nak cakap sesuatu dengan kau" Lily menyapaku yang sedang tekun membuat laporan amali Kimia. Cikgu Rosli yang mengajar subjek Fizik cuti kerana tidak sihat, jadi kelas petang itu dibatalkan. Aku mengambil kesempatan itu untuk ke perpustakaan membuat rujukan untuk laporan amali.

"Apa dia?" Aku bertanya sambil tanganku masih lagi menulis.

"Aku nak buat study group dengan Haikal dan Fiza. Kau nak join sekali tak?" Tanya Lily. Mereka bertiga berada dalam satu kumpulan mentor-mentee sewaktu di minggu orientasi dulu. Cuma apabila pembahagian kelas tutorial dibuat, kami bercampur dengan pelajar dari kumpulan lain.

Hmmm...mungkin ini peluang untuk aku mengenali Haikal dengan lebih dekat, hatiku berbisik. Tidak kusedari aku tersenyum sendiri. Ish, Anis...datang sini untuk belajar...kau nak fikir ke lain pulak. Ala...bukan nak buat apa pun, nak kenal lagi rapat dengan dia..apa salahnya...hatiku bersoal jawab sendiri.

"Hoi! apa yang kau senyum ni?" Lily mengejutkanku
"Tak ada apa-apalah" kataku berdalih
"Habis tu, macamana keputusan kau? Nak tak join kitorang?"
"Hmm...oklah kalau macam tu. Bila nak mula?"
"Kami cadang petang esok. Apa kata kita berkumpul dulu sekarang, pastu bincang jadul study kita?"
"Aku ok jer. Kat mana nak jumpa?"
"Haikal dengan Fiza pergi jumpa Cikgu Maizon tadi, tanya pasal soalan tutorial. Lepas tu diorang nak ke sini. Haikal mintak kita berkumpul dekat bilik tayangan kat tingkat atas. Kat sini nanti mengganggu orang pulak"
"Tapi diorang berdua tu tahu ker aku nak join ni?"
"Tahu. Sebenarnya, Haikal yang suruh aku ajak kau join sekali"

Ha? Haikal yang ajak. Hmmm...kenapa tak cakap sendiri. Dalam hati sukanya bukan kepalang, tapi sedaya mungkin kucuba sembunyikan perubahan riak wajahku dari dilihat oleh Lily.

Sedang leka kami berbual-bual, kami terlihat Haikal dan Fiza melangkah masuk. Haikal memberikan isyarat supaya kami mengikutnya naik ke atas. Memandangkan dia seorang AJK perpustakaan, jadi kami tidak boleh masuk ke bilik tanyangan tanpa dia. Kalau kena tangkap, habis la.

"So Anis jadi la nak join kitaorang?" Soal Haikal
Aku sekadar mengangguk sambil tersenyum.

"Ok, sekarang ni. Kita buat jadual. Kita start petang esok lepas habis kelas. Nak mula ngan subjek apa ya?"

"Aku rasa kita mula dengan Maths dulu la. Kita bincang soalan tutorial yang cikgu bagi semalam. Lusa kan dia nak tengok" Aku memberi cadangan. Kulihat Lily, Fiza dan Haikal mengangguk setuju.

1996

Haikal lebih banyak mendiamkan diri. Mesej yang disampaikan melalui roomate ku semalam membawa ku ke mari....bilik yang menyimpan kenangan kami. Study group kami berempat merapatkan kami berdua. Lily dan Fiza turut menyedari perubahan itu tetapi mereka tidak berkata apa-apa memandangkan kami tidak pernah declare apa-apa. Aku sendiri merasakan keserasian bersama Haikal. Namun, untuk mengharapkan perhubungan lebih dari seorang teman seperjuangan, aku tak berani.

"Semalam saya dapat surat dari JPA" Haikal memulakan bicara.
"Surat apa?" Tanyaku
"Saya diterima further study ke UK" balas Haikal.
"Ohhhh.....tahniah" sahutku, perlahan. Tak tahu apa perasaanku ketika itu. Sedihkah? Pemergian dia bermakna kami akan terpisah oleh lautan luas.
"Saya ingat awak pun dapat. Ada jugak kawan nak study sama-sama" Haikal meluahkan kebimbangannya
Aku tersenyum tawar.
"Rezeki masing-masing Haikal. Allah dah tentukan awak berjaya ke UK sedangkan saya meneruskan pengajian di universiti Malaysia. Mana-mana pun, matlamatnya sama, kan. Untuk berjaya. Saya doakan kejayaan awak" Aku bersuara perlahan.
"Saya pun doakan awak" Haikal tersenyum.
Aku membalas senyumannya itu dan terus berlalu.

Dua bulan selepas itu, aku mendaftarkan diri ke universiti di utara tanahair. Haikal sempat menulis surat kepadaku, menceritakan tentang kesibukannya membuat persiapan untuk berangkat. Aku pula sibuk dengan orientasi dan aktiviti-aktiviti untuk mengenali suasana kampus.

Haikal terbang juga. Aku hanya mampu mendoakan dia. Kami terus berhubungan melalui surat. Dan tanpa aku sedari aku manjadi penunggu setia kepada surat-surat kirimannya. Sehinggalah setahun kemudian, peti suratku sepi tanpa surat-surat darinya lagi. Tak apalah, mungkin dia sibuk. Kucuba memujuk hati.


2006..


Mariah Carey-My Al...


"I tak pernah lupakan you sejak kita terpisah" Haikal memulakan bicara. Semalam, dia menelefonku untuk berjumpa, katanya ada hal yang ingin dia beritahu.

Aku hanya mendiamkan diri. Menantikan butir bicaranya dengan lebih lanjut.

"Sebenarnya..masa di UK...kita terputus hubungan...sebab masa tu I ada macam2 masalah kat sana...you taulah...duduk tempat orang..tapi...selepas balik dari UK, I ada juga cuba untuk menjejaki you. Tapi masa tu ada perkara yang mak I beritahu"

"Beritahu apa?" Soalku, berminat untuk mendengar ceritanya dengan lebih lanjut.

"I...." Haikal teragak-agak. Aku masih setia menanti butiran lanjutnya.
"I telah ditunangkan sejak kecil" Haikal bersuara perlahan

Tidak dapat kutafsirkan hatiku ketika itu. Sedihkah? Marahkah? Wajarkah aku untuk berperasaan demikian? Salahkah aku kerana terlanjur meletakkan harapan atau salah Haikal kerana memberi harapan walau tidak dinyatakan?

"Dengan siapa?" Akhirnya aku bertanya setelah agak lama mendiamkan diri
"Anak Pak Long I. Kiranya ada perjanjian di antara mereka yang I tak tahu. Masa tu, mak pinjam duit Pak Long. Untuk buat rumah, atas tanah arwah nenek. Pak Long kata, tanah tu sebenarnya jadi milik dia, tapi mak yang dapat. So, Pak Long kata...I kena kahwin dengan anak perempuan dia, dan dia takkan tuntut apa-apa lagi dengan mak. Kiranya perkahwinan kami dirancang untuk mengelakkan harta keluarga jatuh ke tangan orang lain."

"Dan sekarang Pak Long you tuntut janji dari mak you, kan?" Tanyaku.
Haikal cuma mengangguk perlahan.

"Haikal, mengenali you suatu yang indah dalam hidup I. You yang beri I semangat untuk I berada di tempat I sekarang.Walaupun kita terpisah, I tak pernah lupa kata-kata semangat you dulu. Semangat you sebati dalam diri I ni, hinggakan walaupun kita terputus hubungan, I tetap teruskan cita-cita I....kerana you...."

Haikal cuma tunduk mendengar, sambil jarinya bermain dengan straw teh o aisnya.

"Tapi...mungkin antara kita tak ada jodoh..." Lambat aku menuturkannya

Haikal menggeleng.

"Tidak Anis. Sejak kita terpisah, dalam setiap doa I, mintak Allah temukan kita. Sebab I tahu, I takkan jumpa gadis lain yang setanding dengan you. Tak guna I kahwini perempuan lain kalau dalam hati I ni cuma ada you. Tentu tak adil pada dia"

"Haikal, I tahu you anak yang baik. Tunaikanlah hasrat Pak Long you tu, I doakan you bahagia" kataku sambil terus melangkah pergi. Biar aku pergi dari menangis di depannya. Langkahku makin laju menuju ke keretaku, selaju airmataku yang gugur membasahi pipi.

For you Anis,

Your Life Holds Unlimited Potential
and Wonderful Dreams
You have the ability
to attain whatever you seek;
within you is every potential
you can imagine.
Always aim higher than
you believe you can reach.
So often, you'll discover
that when your talents
are set free
by your imagination,
you can acheive any goal.
If people offer their
help or wisdom
as you go through life,
accept it gratefully.
You can learn much from those
who have gone before you.
But never be afraid or hesitant
to step off the accepted path
and head off in your own direction
if your heart tells you
that it's the right way for you.
Always believe that you will
ultimately succeed
at whatever you do,
and never forget the value
of persistence, discipline,
and determination.
You are meant to be
whatever you dream
of becoming.
--Edmund O'Neill

Love always,
- Haikal -

Pemberian Haikal, kata-kata yang diletakkan di dalam sebuah frame gambar, kubaca. Seperti yang kuberitahu dia tempohari, dialah pembakar semangatku untuk berada di tempat sekarang. Aku tahu betapa Haikal ingin melihat aku berjaya. Tanpa aku sedari aku jatuh cinta padanya. Tanpa kusedari aku mula menganyam mimpi indah bersamanya..sedangkan hakikatnya kami tiada jodoh. ya Allah...berikan aku kekuatan!




Beberapa bulan berlalu....

Telefon di atas meja berdering minta dijawab.

"Dr Anis, ada orang ingin berjumpa. Dr ada di bilik ke?" kedengaran suara Yati, pembantu tadbir Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya sejurus selepas aku menjawab telefon itu.

"Siapa?" tanyaku kembali

"Dia kata kawan lama" Jawab Yati.

"Baiklah, suruh dia ke bilik saya"

Pintu bilikku diketuk beberapa kali. Bagaikan tidak percaya melihat Haikal yang membuka pintu itu. Kami bertentangan mata, tidak tahu untuk berkata apa-apa. Biarlah mata ini saja yang memberitahunya bahawa aku begitu merinduinya

"Ada perkara yang I nak cakap pada you"

Dalam kekalutan dengan pertemuan yang tidak dijangka ini, aku mengangguk.

"I dah buat keputusan"

"I dah beli tanah lain untuk mak. Di kampung tu jugak. Dan I buatkan satu rumah untuk dia. Pembinaannya pun dah dimulakan. Tanah yang ada sekarang, tukar ke nama pak long"

Terbeliak mataku mendengarnya.

"I buat semua tu sebab I taknak mengikut perjanjian yang mak buat. I takkan biarkan orang lain mencorakkan hidup I sebab......" Bicaranya terhenti. Matanya merenung tepat ke dalam mataku.

"Sebab...I dah jumpa dengan orang yang boleh membahagiakan I. Will you be my wife?"

Aku tergamam. Oh Tuhan...sesungguhnya Kau Maha Mendengar. Kau dengar rintihanku, dan hari ini...untuk kali kedua setelah 10 tahun, aku jatuh cinta sekali lagi dengan dia!